97% penduduk Ukay Perdana dan Bukit Antrabangsa bersetuju EKVE dibina.

 Kira-kira 97 peratus penduduk melibatkan 36 persatuan penduduk di sini bersetuju dengan pembinaan Lebuhraya Lingkaran Luar-Hubungan Timur (EKVE) melibatkan persimpangan Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) dan Ukay Perdana yang dijangka bermula September ini. Pengerusi Persatuan Penduduk Taman Bukit Mulia, Amin Osman berkata, penduduk bersetuju selepas mendapat penjelasan menyeluruh oleh pihak berkuasa bagi mengurangkan kesesakan di laluan berkenaan khususnya pada waktu puncak.

“Sebelum ini pelbagai persoalan timbul, namun selepas kami dapat penerangan daripada Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) dan ‘layout plan’, kita buat kaji selidik serta jumpa pihak tertentu dapatkan lebih banyak maklumat berhubung projek berkenaan.“Dari situ persatuan penduduk dari tiga tempat iaitu Ukay Perdana, Bukit Antarabangsa dan Ukay Bestari bersetuju dan sokong penuh projek yang diluluskan oleh kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri ini,” katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui pada sesi taklimat tentang projek Lebuhraya  EKVE dan lebuh raya lain (SUKE, DUKE, AKLEH) di kawasan sekitarnya, semalam.Menurutnya, sebelum ini terdapat penduduk yang membantah pembinaan lebuh raya EKVE namun jumlahnya tidak sampai 20 orang.Pengerusi KRT Pangsapuri Dahlia, Nor Aizam Abd Kadir pula berkata, projek berkenaan mendatangkan kebaikan kepada penduduk.“Kerajaan Selangor ambil kira kesejahteraan penduduk, jadi saya pun sokong projek ini,” katanya.

Comments

Popular Posts