Minit Mesyuarat LEBUHRAYA EKVE 2017

SEBAHAGIAN PERKARA/ISU PEMBINAAN EKVE YANG DIBINCANGKAN DALAM MESYUARAT 22 MAC 2017, RABU, 9MALAM, DI DEWAN ILMU SURAU AL-TAQWA UP3, UKAY PERDANA


KEHADIRAN WAKIL-WAKIL PERTUBUHAN/SURAU DAN EXCO MGPPUP
MESYUARAT DIPENGERUSIKAN OLEH TUAN HAJI MURZA BIN MURAD,
TIMBALAN PENGERUSI MGPPUP
CATATAN RINGKAS:
(Disediakan oleh Setiausaha MGPPUP)


1. Pelebaran jalan (depan Pangsapuri Al-Ridhuan/kawasan pintu gerbang yang dirobohkan/Gerai2 (29nos)/used car) bagi mengatasi kesesakan trafik di waktu puncak.
Jawapan EKVE:
Sebelum dapat melaksanakan pelebaran jalan atau kerja-kerja di kawasan tersebut, kedai kererta terpakai dan gerai-gerai hendaklah dirobohkan dahulu. Pada ketika ini, pihak EKVE sedang berhubung/mesyuarat dengan kerajaan persekutuan, melalui PTG persekutuan bagi membantu merobohkan gerai-gerai tersebut. Perbincangan sedang berjalan, dan pihak EKVE akan memaklumkan pada MGPPUP, setelah kata sepakat telah tercapai.  


2. Penutupan “U-Turn” dari Tmn Melawati (MRR2), menyebabkan kesesakan yang luar biasa di waktu puncak (terutamanya sebelah petang).
Jawapan EKVE:
Pada ketika ini, kerja-kerja piling sedang sedang dilaksanakan di hadapan kedai hardware (kamarudin), untuk pembinaan RAM ke Utara. Oleh sebab itu,pusing U telah ditutup sementara (selama sebulan) bermula, sejak 17 Mac 2017. Pusingan U akan dibuka balik, setelah kerja-kerja di situ selesai.


3. Keadaan jalan tidak rata di traffic light persimpangan di bukit Antarabangsa.
Jawapan EKVE:
Pihak EKVE akan menyiasat terlebih dahulu, sebarang pembaikan akan dimaklumkan kepada MGPPUP


4. Mohon di wujudkan kotak kuning, di persimpangan Bukit Mulia.
Jawapan EKVE:
Pihak EKVE akan mewujudkan kotak kuning di persimpangan tersebut.


5. Status bantahan pembinaan RAMP 3 oleh komuniti Villa Teratai (UP5).
Jawapan EKVE:
Pihak EKVE memaklumkan, pihak LLM masih tidak memberi kata putus berkenaan isu ini.
Makluman tambahan: MGPPUP akan follow-up closely. MGPPUP very clear, menyokong bantahan daripada persatuan Penduduk Villa Teratai. Surat bantahan pun telah diserahkan kepada pihak LLM, salinan kepada EKVE dan MPAJ sebelum ini.


6. Permohonan penduduk/Jemaah Ukay Perdana, bagi pembinaan jejantas (motosikal dan pejalan kaki) merentasi EKVE dari jalan UP1/8 (Spring villa/ali maju)@yang bersesuaian ke kawasan Masjid Ukay Perdana (sekarang ini dalam pembinaan dijangka siap pada September 2017).
Jawapan EKVE:
Sedang dalam pertimbangan, tapi belum muktamad.


7. Persimpangan Jalan UP5/6, ke Sierra Ukay banjir bila hujan lebat.
Jawapan EKVE:
Sedang dalam pembaikan, drainage system yang tidak sempurna.pihak EKVE akan memastikan kejadian yang sama tidak berulang pada masa hadapan.


8. Banyakan papan tanda “AWAS” atau kawasan risiko kemalangan di selekoh merbahaya yang dikenal pasti.
Jawapan EKVE:
Pihak EKVE akan meneliti tempat-tempat yang bersesuaian/keutamaan.


9. Penyelarasan@patroling team oleh pihak EKVE, sentiasa bersiap sedia@alert dan memeriksa keadaan jalan (berjadual), contohnya; jika ada lubang atau kerosakan, perlu dapat dibaiki segera, tanpa menunggu aduan penduduk.
Jawapan EKVE:
Pihak EKVE akan halusi dan diperbaiki dari masa ke semasa.


10. Pada ketika ini, keadaaan jalan (sebelah@lorong kiri) dari simpang Surau@Dewan Ukay Perdana Sering Ukay naik ke persimpangan Jalan UP4 tidak begitu baik. 
Jawapan EKVE:
Keja-kerja pengorekan sekarang dilaksanakan dikawasan tersebut. Namun, masalah ini akan diberi perhatian. Makluman tambahan: MGPPUP juga telah dimaklumkan sebelum ini (sebelum pembinaan EKVE dimulakan), EKVE akan pastikan jalan mesti 2 lorong., bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas pada waktu puncak. Tetapi sekarang sebaliknya berlaku, Jadi, pihak EKVE perlu mengambil perhatian terhadap isu ini.


11. Lampu-lampu diletakan dilereng bukit, tak beberapa terang/diliputi ranting-ranting pokok (sebahagiannya).
Jawapan EKVE:
Pihak EKVE akan menyiasat perkara ini.


-Tamat-😊👌

Comments

  1. Kerja2 Penebangan pokok di up 5 ni macam mana ye? Rumah saya betul2 di corner tu. Banyak sgt pencemaran bunyi dan habuk yg kami hadapi. Mohon berhentikan kerja2 penebangan pokok tersebut. Terima kasih.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts